Monday, October 12, 2009

Sekadar Renungan......

Aku nak berkongsi satu cerita... seorang hamba Allah (Abu- bukan nama sebenar) ini memiliki dua org anak. Masing2 berebut wang RM1. Satu dari wang syiling tu adalah syiling emas. Disebabkan tamak salah seorg dari anak Abu menelan wang syiling RM1 tadi. Tetapi, nasib tak menyebelahi si anak. Wang tersebut tersekat di dlm rongga tekaknya menyebabkan si Abu terpaksa membawa anaknya ke hospital. Berbagai cara di buat doktor tapi wang syiling itu tak juga berganjak dari tempatnya. Jalan terakhir adalah pembedahan.
Doktor yang merawat anak si Abu seorg yang begitu kuat pegangan agamanya. Doktor mencadangkan Abu supaya bersedekah sebelum prosiding terakhir dijalankan...Abu bergegas ke masjid hospital dan bersedekah RM10 ke tabung masjid, ikhlas moga2 anaknya selamat...Apabila, Abu bersedekah RM10 , wang syiling yang terlekat dalam rongga tekak anaknya berganjak sedikit...Dia menambah lagi jumlah sedekahnya itu sedikit demi sedikit dan syiling di tekak anaknya menggelusur perlahan-lahan sehinggalah jumlah yang Abu sedekahkan ikhlas pada masjid tu mencecah RM50, wang syilling tadi terus berlalu dari rongga tekak anaknya sekaligus menyelamatkan nyawa anaknya. Itulah kebesaran Allah...
Oleh sebab itu, org yang diuji dengan penyakit. Salah satu caranya adalah dengan bersedekah.
Sedekah membuka pintu rezeki, sedekah menyediakan kita ke jalan kebajikan dan bersedekah juga memandu kita ke lorong kebahagiaan.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Ubatilah orang sakit di antara kamu dengan sedekah"
Keterbatasan harta bukan halangan untuk bersedekah apatah lagi kalau kita berkemampuan. Sebab sedekah boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk:
1. Sedekah dgn hati (berazam melakukan perkara2 baik)
2. Sedekah dgn lisan (berzikir, berkata perkara yg baik2 dll)
3. sedekah dgn perbuatan ( senyum, memberi nafkah kepada keluarga, menanam pokok, menahan diri daripada maksiat, mengajar ilmu yg bermanfaat dan byk lagi)
Aku: Maka...nak ringankan semua beban yg kita tanggung maka bersedekahlah dan mohon doa restu dari ibu. Bila kita sedar akan betapa besarnya semua ini pada takdir dan kehidupan kita. Maka, kita akan mampu lalui semua ini dgn begitu mudah...Insya-Allah. Dan kita harus percaya bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Friday, September 18, 2009

Khutbah Raya

Allah Maha Besar, Allah Maha Agung, Allah Maha Segalanya. Allahu Akbar, Wa Lillaahil Hamd.
Sidang Jamaah Muslimin dan Muslimat, rahimakumullah,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang hadirin sekalian, agar TAQWA yang dijana di bulan Ramadhan, jangan disia-siakan. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar TAQWA dan jangan sekali-kali mati, kecuali dalam keadaan dirimu Muslim kepada-Nya.
Hadirin sekalian, rahimakumullah,
Hari ini adalah hari perayaan. Hari yang penuh kesyukuran dan kegembiraan, hari yang ditegah oleh Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam daripada berpuasa padanya. Hari keraian, Hari meraikan.
Namun, apakah hakikat sebenarnya perkara yang kita raikan?
Apakah asbab gembira kita? Apakah signifikasi Aidilfitri hingga diharamkan kita berpuasa pada hari ini?
Persoalan ini harus direnung agar gembira kita ada sebabnya. Manusia yang gembira tetapi tidak tahu mengapa dirinya gembira adalah manusia ‘gila’. Manusia yang gembira tetapi tersalah sebab mengapa dirinya gembira dalah manusia lara yang menc ipta duka.
Negara kita Malaysia mengisytiharkan 31 Ogos pada setiap tahun sebagai perayaan terbesarnya. 31 Ogos menjadi tarikh keramat yang diraikan di seluruh pelusuk tanah air. Apakah yang diraikan pada tarikh itu? Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah hari kemerdekaan.
Manusia berhak untuk gembira apabila dirinya merdeka.
Merdeka daripada penjajahan dan penindasan. Merdeka daripada dikawal oleh kuasa asing. Merdeka daripada mengikut telunjuk orang lain. Bumi ini milik kita, kitalah jua yang berhak mentadbirnya. Bukan orang lain.
Kemerdekaan bererti tanah air dikembalikan kepada tuannya. Kepada asalnya.
Jika kemerdekaan daripada penjajahan itu asbab keramatnya tarikh 31 Ogos, maka apakah nilai di sebalik 1 Syawwal? Apakah asbab gembira di Aidilfitri?
Sidang jamaah kaum Muslimin dan Muslimat,
Ingatkah kita kembali kepada erti Ramadhan?
Ramadhan diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala kepada kita sebagai suatu proses untuk mencari sebuah merdeka.
Selama ini kita sentiasa dibelenggu oleh dua penjajah, iaitu penjajah yang lebih sukar untuk dihadapi kerana ia nyata berbeza daripada tentera British, Jepun, Komunis atau apa sahaja kuasa yang kelihatan.
Penjajah pertama adalah Syaitan. Ia sebagai seteru terbesar manusia, kerjanya sentiasa mengajak manusia kepada mendurhakai Allah sepertimana janjinya kepada Tuhan.
“Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Oleh kerana Engkau telah menghukum daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan menghias dan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya” [al-Hijr 15: 39]
Manusia yang terjajah adalah manusia yang tidak dapat melepaskan diri daripada seruan Syaitan dalam hidupnya. Manusia yang menurut telunjuk Syaitan, sedikit demi sedikit semakin jauh dari Allah hingga hatinya menjadi buta dari kebenaran.
Ramadhan telah datang untuk membantu manusia melepaskan diri daripada penjajah pertama ini. Syaitan dirantai untuk mengurangkan potensinya, urat saraf kita disempitkan dengan berlapar untuk mengurangkan jalan Syaitan menguasai kita.
Pada 1 Syawwal ini, tanyalah kepada diri kita, sudahkah diri ini berjaya melepaskan diri dari menjadi hamba kepada Syaitan? Sudahkah kita berjaya mempertahankan kemuliaan diri sebagai manusia daripada dijajah oleh Syaitan, makhluk hina yang dibenci Allah itu? Perhatikanlah perbuatan seharian kita, berapakah yang menurut seruan Tuhan, berapakah yang menurut seruan Syaitan?
Jika Syaitan bukan lagi pemegang remote control kehidupan kita, maka berhaklah untuk kita bergembira di Syawwal ini. Berbahagialah manusia yang sudah tidak lagi dijajah oleh syaitan dan kerajaannya.
Namun bagi yang kembali menyertai seruan Syaitan, ingatlah kepada firman Allah:
“Seumpama Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: “Kufurlah engkau!” Lalu apabila orang itu kufur, berkatalah Syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang Menguasai seluruh alam!” Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka (Syaitan yang mengajak dan manusia yang kufur menerima ajakan) ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim” [al-Hasyr 59: 16-17]
Muslimin dan Muslimat, semoga kita semua dirahmati Allah,
Penjajah kedua yang menguasai manusia adalah hawa nafsu dan dirinya sendiri.
Berapa ramai manusia yang biar pun hidup di sebuah negara merdeka, dia tetap hamba yang tidak mempunyai kuasa memilih. Dia sentiasa mengikut kehendak-kehendak penjajah ini, biar pun pada kehendak yang membinasakan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
Apakah engkau tidak melihat keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: sebagai Tuhan yang diutamakan dan dipatuhinya, lalu dia disesatkan oleh Allah biar pun dalam keadaan dirinya berilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf? [al-Jaatsiyah 45: 23]
Itulah sebesar-besar penjajah.
Manusia dijajah oleh dirinya sendiri. Oleh hawa nafsunya. Hingga dia tidak mampu membuat pilihan. Apa sahaja yang diinginkan oleh nafsunya, semua itu dituruti, tanpa berkata dua.
Manusia yang menjadikan nafsunya sebagai Tuhan, mereka ini buta biar pun celik. Mereka pekak biar pun bertelinga. Mereka menjadi bodoh biar pun memegang segulung ijazah ilmu. Manusia tatkala menjadi hamba kepada nafsu, ilmu sudah tidak lagi berfungsi membijakkannya. Mata yang celik gagal melihat. Telinga yang baik menjadi tuli. Hati menjadi buta dan mati, itulah penangan nafsu.
Berapa banyak rumahtangga yang musnah kerana manusia mengikut hawa nafsu?
Berapa banyak manusia yang rosak, kerana hidupnya bertuhankan nafsu?
Berapa banyak tamadun manusia dan kerajaan memerintah yang musnah, apabila pertimbangan tidak lagi berpaksikan tuhan tetapi berkiblatkan nafsu?
Semuanya gara-gara manusia yang tidak dapat melepaskan diri daripada kehendak dirinya yang begitu luas tidak terbatas. Nafsu mahu menelan dunia, biar pun makan mampunya hanya sepinggan.
Lalu Allah datangkan Ramadhan untuk mendidik kita.
Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua makanan, namun memilih untuk tidak makan kerana mahu patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua minuman, kita memilih untuk tidak minum kerana patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa kita ada isteri atau suami yang halal, tetapi kita tidak mendatangi mereka kerana mahu mematuhi Allah?
Semua itu adalah pelajaran Ramadhan untuk mengajar kita berkata TIDAK kepada sesetengah kehendak diri, agar kita mempunyai daya kawalan diri yang baik. Berjayakah kita dalam menguasai diri agar tidak dikuasai nafsu? Mampukah kita mengawal keinginan kepada perkara-perkara yang tidak baik, sebaliknya sentiasa terkawal dalam memilih antara baik dan buruk?
Jika kita sudah berjaya melepaskan diri daripada memperhambakan diri kepada nafsu, berhaklah kita untuk gembira. Sesungguhnya kita benar-benar telah merdeka.
Firman Allah:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinyabersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). [al-Syams 91: 7-10]
Merdeka daripada menjadi hamba syaitan dan hamba nafsu, kemerdekaan hakiki yang diraikan pada sebuah Aidilfitri. Iaitulah kembalinya manusia kepada asal. Kepada Fitrah.
Sidang jamaah kaum Muslimin dan Muslimat, rahimakumullah,
Aidilfitri dan Aidiladha adalah perayaan kita. Ia adalah perayaan yang dirasmikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai perayaan kaum Muslim.
Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berhijrah ke Madinah, ada dua hari perayaan yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis sahih An-Nasa’i)
Kita diberikan perayaan Aidilfitri ini agar kita tersendiri. Muslim harus punya jati diri. Muslim bukan Yahudi dan bukan Nasrani. Kita berbeza. Justeru perayaan kita juga berbeza.
Oleh itu, isikanlah kemeriahan Aidilfitri dengan cara kita. Cara Islam, cara yang diredhai oleh Allah. Bukan cara Syaitan, bukan cara nafsu, bukan cara Yahudi dan bukan cara Nasrani.
Kita dibenarkan berhibur. Malah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah menegur perbuatan sahabatnya Abu Bakr al-Siddiq radhiyallaahu ‘anhu mendenda dua perempuan yang menyanyi-nyanyi di hari Eid dengan kata baginda:
“Wahai Abu Bakr! Setiap kaum itu ada hari rayanya. Dan sesungguhnya hari ini adalah hari raya kita!” [Hadith riwayat al-Bukhari]
Hari ini memang hari untuk kita berhibur dan gembira.
Tetapi janganlah pula dengan hiburan yang sekali lagi membuktikan bahawa kita tiada jati diri, tiada identiti dan masih gagal melepaskan diri dari hiburan versi Yahudi dan versi Nasrani, bernama HEDONISMA.
Ketagihan manusia kepada dadah hiburan bernama hedonisma ini sangat menakutkan. Bukan tidak tahu akan mudaratnya, namun dek ketagihan, manusia yang bertaubat darinya dengan mudah kembali semula menjamah hiburan melampau ini. Hatta di Aidilfitri …
Hindarilah dadah ini. Ingatlah kembali kepada pesanan Baginda:
“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadith riwayat al-Bukhari (3269) dan Muslim (2669)]
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Laa Ilaaha Illallaah!

Wednesday, September 9, 2009

Tazkirah Ramadhan

Mengapa Doa Tidak Dimakbul

SELALUNYA Tuhan akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Tuhan. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
-Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Tuhan.
-Ada dinding yang membataskan kita dengan Tuhan seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Tuhan berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
-Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
-Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.
Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":
-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Friday, August 28, 2009

Tazkirah Ramadhan

Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali
Sabda Rasulullah SAW :

Wahai Ali !1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.
2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.
3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.
4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.
5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
6) Wahai Ali ! Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannyaTiada iman bagi orang yang tidaka ada wara'nyaTiada ibadah bagi orang yang tidaka ada ilmunyaTiada perikemanusiaan bagi orang yang tidaka ada sedeqahnyaTiada keamanan bagi orang yang tidaka ada rahsianyaTiada taubat bagi orang yang tidaka ada taufik baginyaTiada kemurahan hati bagi orang yang tidaka ada malunya
7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.
8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.
9) Wahai Ali !Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu : 1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat, 2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia10) Wahai Ali !Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu : 1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat2) menanggung kekasaran orang3) sabar atas segala kesusahan11) Wahai Ali !Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu : 1) berkata benar2) menjauhkan yang haram3) merendah diri
12) Wahai Ali !Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu : 1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk2) menjauhi kawan yang jahat3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram
13) Wahai Ali !Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu : 1) sembunyikan ibadah2) sembunyikan sedeqah3) sembunyikan musibah
14) Wahai Ali !Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu : 1) benci kepada nafsunya 2) sentiasa menghisabkan nafsunya3) memanjangkan berdiri mengadap Allah15) Wahai Ali !Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu : 1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh2) memperbaiki agamanya dengan amal3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya16) Wahai Ali !Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu : 1) makanan yang halal2) duduk bersama ulama'3) solat fardhu berjemaah
17) Wahai Ali !Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu : 1) segera dalam taat kepada Allah2) menjauhkan segala yang haram3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya
18) Wahai Ali !Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu : 1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu2) mengeluarkan zakat3) suka bersedeqah
19) Wahai Ali !Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu : 1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)2) memberi orang yang menegahnya3) memaaf orang yang menzaliminya
20) Wahai Ali !Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu : 1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah2) sabar menghadapi musibah3) sabar menerima qadha Allah
21) Wahai Ali !Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu : 1) menjauhkan yang haram2) menuntut ilmu3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.
22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukana : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.
23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :1) solat fardhu berjemaah2) menghadiri majlis ulama'3) menziarah orang sakit4) memberi minuman5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan6) memuliakan jiran 7) memuliakan anak yatim
______________________
Ke atas Home

Thursday, June 25, 2009

ANAK2 KU......












INI TUAN PUNYA BLOG....bersama kereta yg selalu di gunakan untuk ke kebun cilinya. Gambar ini di ambil ketika menghadiri 'ekspo pekebun cili sedunia' di Jerman 3 bulan lepas.Walau bagaimanapun kereta tu tak dapat di bawa balik ke Malaysia kerana mengalami masalah enjin....mekanik di sana tak dpt nak repair sebab tak da sparepart,sparepartnya hanya boleh di dapati di gombak....hehehehehe.
Isteri ku tercinta, CIK PUAN AZILA (CPA).......sumpah aku tak cari lain.


anak sulung aku, SITI NUR KHADIJAH....nama manjanya 'Sarah'. Umurnya 9 thn. Dia ni yg paling manja sekali....kena pukul dgn adik dia pun, dia nangis......
anak aku yang kedua..SITI NUR 'AISYAH, nama manjanya 'kak yang'....umur 5 thn. minah kerinting ni lah mastermind di kalangan adik beradiknya utk buat huru hara, kalau tak da dia....rumah aku pasti sunyi.


satu2nya hero aku....MUHAMMAD ALI HAMZAH, umur 3 thn. Bergaya macho sebelum ke sekolah.

Wednesday, June 24, 2009

anak aku yg ke 4, namanya SITI NUR FATIMAH....nama manjanya 'ZAHRAA', umur 4 bln.